Program Infiniteen dan Dialog RTM TV Okey Memperkasa Pembangunan Belia dan TVET Motorsports

    Program Infiniteen dan Dialog RTM TV Okey Memperkasa Pembangunan Belia dan TVET Motorsports

    Pantai Dalam - Program Infiniteen telah berlangsung dengan jayanya di Angkasapuri RTM, Pantai Dalam sebagai platform pembangunan bakat, kepimpinan dan kreativiti remaja yang menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang.

    Program ini memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah, kemahiran komunikasi serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan belia selaras dengan usaha memperkasa pembangunan generasi muda yang lebih berdaya saing dan berketerampilan.

    Selain itu, impak program yang diselaraskan oleh MTVET turut diketengahkan menerusi sesi Dialog RTM TV Okey bertajuk “Kemahiran Teknologi Permotoran Menjana Ekonomi” yang disiarkan pada jam 3.30 petang.

    Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) turut terlibat secara aktif menerusi penyertaan wakil daripada Jabatan Teknologi Sukan Permotoran iaitu Mohd Anwar Siddiq Bin Abd Jalil selaku Ketua Jabatan Teknologi Sukan Permotoran IKSN, Tc. Mohd Shazly Farith Bin Mohd Ilias dan Norhisam Bin Kamarudzaman yang merupakan pengajar jabatan berkenaan.

    Turut menjayakan sesi dialog tersebut ialah alumni industri, Mohd Nurakmal Bin Mohd Sakri yang kini berkhidmat sebagai Senior Chief Tyre Man di Viper Niza Racing. Kehadiran beliau memberikan nilai tambah menerusi perkongsian pengalaman industri sebenar dalam bidang teknologi sukan permotoran.

    Program ini berjaya memberi pendedahan berkaitan pembangunan sahsiah, komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan belia di samping memperkasa pendidikan TVET melalui perkongsian ilmu bersama pihak industri dan media. Selain itu, program ini turut menjadi medium promosi kepada IKSN serta Jabatan Teknologi Sukan Permotoran dalam memperkenalkan peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang berkaitan.

    Di samping itu, program ini membuka peluang jaringan kerjasama antara institusi, industri dan generasi muda bagi melahirkan modal insan yang berkualiti serta memenuhi kehendak industri semasa.

    Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Infiniteen ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

     

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.