- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 24
Program 3KM Berjalan Komuniti Lestari @ Kuala Langat 2025
Banting - Seramai 40 kakitangan serta pelajar IKSN telah turut serta dalam Program 3KM Berjalan Komuniti Lestari anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sempena Hari Rendah Karbon Kuala Langat 2025 yang berlangsung pada 22 November 2025 di Taman Banting Baru.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha mengurangkan jejak karbon, malah mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti sihat dan bermanfaat.
Program ini merupakan salah satu usaha menyokong gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap inisiatif rendah karbon. Penyertaan wakil kami bukan sahaja memeriahkan acara, tetapi juga menyokong komitmen bersama dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
Terima kasih kepada MPKL atas jemputan dan penganjuran program. 🌱✨
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KBS
#ILKBS
#TVET Malaysia
#MalaysiaMadani
