- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 21
Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Selangor
Banting - Seramai 100 orang pelajar Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menyertai Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Selangor Siri 2 yang berlangsung pada 28 November 2025 bertempat di Dewan Ibnu Sina, IKSN. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini bertujuan memberikan pendedahan komprehensif berhubung skop salah laku, tanggungjawab serta kod tatakelakuan berkaitan keselamatan dan perlindungan dalam persekitaran sukan.
Turut hadir bersama di dalam program Pn. Zuraidah binti Yusuff, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKSN, bersama En. Mohamad Fadel bin Sulaiman, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, untuk memberikan sokongan pihak pengurusan terhadap usaha memperkukuh budaya sukan yang selamat dan berintegriti.
Penyertaan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman para pelajar mengenai pentingnya mewujudkan persekitaran sukan yang bebas daripada gangguan, salah laku dan penderaan, selaras dengan garis panduan Kod Sukan Selamat.
#KBS
#ILKBS
#TVETMalaysia
#ProfesionalTerunggul
#Skills4Life
#MalaysiaMadani
