- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 14
Penjelajahan Lasak IKSN Bentuk Jati Diri Pelajar
JENDERAM HILIR - Seramai 30 pelajar IKSN menyertai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Penjelajahan Lasak 2025 selama dua hari (5 & 6 Disember 2025) di Nur Bukit Tunggal Eco Resort.
Program anjuran Institut Kemahiran Sukan Negara itu bertujuan membina jati diri serta meningkatkan ketahanan fizikal dan mental peserta melalui aktiviti berstruktur berasaskan pengalaman luar.
Aktiviti lasak yang dijalankan membantu memupuk disiplin serta kemahiran kepimpinan sekali gus menyokong pembangunan sahsiah pelajar selaras objektif gerakan Rakan Muda.
Pelaksanaan program ini dijangka memberi impak menyeluruh kepada peserta dengan menekankan budaya hidup positif dalam komuniti pelajar IKSN.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
