Gotong Royong IKSN Sempena Hari Cuci Malaysia

    Gotong Royong IKSN Sempena Hari Cuci Malaysia

    Seramai 352 orang pengajar dan pelajar dari Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menyertai Program Gotong Royong IKSN Sempena Hari Cuci Malaysia 2025 bertempat di IKSN, Banting, Selangor.  

    Hari Cuci Malaysia merupakan inisiatif anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan KPKT dan dilaksanakan pada minggu terakhir bulan September setiap tahun. Semua kementerian, jabatan serta agensi kerajaan turut diminta melaksanakan program ini. Bagi tahun ini, KPKT menyasarkan penyertaan seramai 100 ribu orang peserta di seluruh negara, dan jumlah tersebut akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

    Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memupuk budaya kebersihan dan kesukarelawanan, mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta sihat, meningkatkan semangat kerja berpasukan, serta menyemarakkan penglibatan seluruh warga KBS dan agensi
    Di peringkat IKSN, antara aktiviti yang dilaksanakan adalah, senamrobik perdana, plogging (membersihkan kawasan IKSN), menanam pokok dan gotong royong membersihkan jabatan, bengkel dan asrama.  

    Hadir sama ke program ini adalah Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah IKSN, En. Bashirul bin Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Puan Zuraidah binti Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan pelajar.  

    Penglibatan pengajar dan pelajar dalam program ini diharapkan dapat memupuk semangat cintakan IKSN serta memastikan persekitaran yang bersih dan kondusif bagi menjayakan aktiviti pembelajaran.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamIKSN
    #TeamKBS
    #TVETILKBS
    #MalaysiaMadani
    #ProfesionalTerunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.