Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik

    Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik

    YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir meraikan graduan pada hari ke-2 Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-20 Tahun 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.

    Pada majlis yang sama, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mencatatkan kejayaan membanggakan apabila menerima dua Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik ILKBS 2025 iaitu bidang Teknologi Awam & bidang Teknologi Maklumat.

    Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah IKSN menerima anugerah tersebut dari YB Timbalan Menteri sambil diiringi Ketua Jabatan Teknologi Awam, Puan Siti Nor Sharbana binti Azmi & Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Encik Mohd Hatim bin Mazlan.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja IKSN di atas pencapaian yang cemerlang ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya 
    ILKBS Profesional Terunggul

    #IKSN 
    #KonvokesyenILKBS2025 
    #ILKBS 
    #TeamKBS 
    #TVET 
    #MalaysiaMADANI 
    #MADANIBekerja 
    #RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.