Promosi Kemasukan Pelajar Sesi 2/2026 IKSN Sempena Pengumuman Keputusan SPM 2026

    Promosi Kemasukan Pelajar Sesi 2/2026 IKSN Sempena Pengumuman Keputusan SPM 2026

    BANTING - Pihak Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menyertai program promosi sempena Hari Pengumuman Keputusan SPM di beberapa sekolah di sekitar daerah Kuala Langat sebagai usaha mendekati para pelajar lepasan sekolah menengah serta berkongsi maklumat berkaitan peluang pendidikan dalam bidang kemahiran dan teknikal khususnya di IKSN.

    Antara sekolah yang dikunjungi oleh IKSN adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Manggis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra.

    Program ini memberi ruang kepada para pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai kursus yang ditawarkan, syarat kemasukan, serta hala tuju kerjaya dalam bidang TVET.

    Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membantu para pelajar dalam membuat perancangan masa depan selepas SPM.

    Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon SPM atas usaha dan pencapaian masing-masing.

    IKSN komited dalam melahirkan generasi berkemahiran, berdaya saing dan bersedia untuk masa depan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.