IKSN Kendali Live Streaming Taklimat APEL di IKTBN Sepang

    IKSN Kendali Live Streaming Taklimat APEL di IKTBN Sepang

    SEPANG - Sesi taklimat peluang peningkatan kelayakan akademik daripada sijil hingga Ijazah Doktor Falsafah melalui Pengiktirafan Pengalaman Kerja (APEL) berlangsung di Dewan Sri Nilam, IKTBN Sepang.

    Program anjuran Jawatankuasa Kerja Peningkatan Akademik (JKKPA) di bawah Pelan Latihan Skim Perkhidmatan PLV/PPLV/Pem. PPLV, Jabatan Pembangunan Kemahiran itu bertujuan memberi pendedahan kepada pengajar TVET mengenai laluan peningkatan akademik melalui pengalaman kerja.

    Taklimat tersebut turut menampilkan pembentangan pelaksanaan Pelan Latihan (Training Roadmap) bagi skim perkhidmatan PLV/PPLV/Pem. PPLV serta perkongsian Universiti Teknologi Malaysia berkaitan penilaian APEL.A dan APEL.Q.

    Dalam masa sama, Bahagian Multimedia Interaktif, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) dijemput menyediakan perkhidmatan Live Streaming menerusi Facebook menggunakan konsep Multi-Camera Production (MCP).

    Perkhidmatan tersebut turut disertai lima pelajar Semester 3 Program Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Multimedia Interaktif) IKSN bagi memberi pendedahan pengalaman sebenar pengendalian peralatan dan penyiaran program.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.