
Cawangan Pengajian Umum telah menganjurkan program English Empowerment Initiatives bersama pelajar sesi kedua tahun 2025 sebagai usaha memperkukuh kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar TVET.
Seramai 51 orang pelajar daripada kursus Terapi Sukan semester 3 dan Perabot semester 1 telah menyertai Program Visiting Lecturer Siri 1 yang bertajuk Strategies for Better Workplace Communication. Program ini telah dijalankan secara dalam talian di Makmal Virtual, IKSN pada 24 dan 25 September 2025.
Sementara itu, 37 orang pelajar daripada kursus Multimedia Interaktif semester 3 dan Fotografi semester 2 turut mengambil bahagian dalam Program Visiting Lecturer Siri 2 bertajuk Fluency in the Workplace & Choral Speaking Skills. Sesi ini telah diadakan secara bersemuka di Bilik Kuliah Fotografi, IKSN pada 29 September 2025.
Program ini dianjurkan bagi tujuan meningkatkan keyakinan pelajar TVET dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris, khususnya dalam konteks profesional. Penekanan diberikan kepada kepentingan pertuturan autentik sebagai asas komunikasi harian yang praktikal dan bermakna.
Melalui galakan penggunaan pertuturan autentik dalam kehidupan seharian, pelajar berpeluang memperkukuh kemahiran komunikasi secara berkesan, sekali gus mempersiapkan diri untuk berinteraksi dengan majikan dan rakan sekerja di alam pekerjaan.
Sesi interaktif yang dirancang akan mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar, membantu mereka menjadi lebih bersedia, yakin, dan kompeten dalam menghadapi cabaran dunia kerjaya.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#IKSN
#KBS
#ILKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMadani