
- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 13
Anugerah Inovasi Terbaik dan Pingat Emas Milik IKSN Di iTREXC 2025
Universiti Islam Selangor (UIS) menjadi tumpuan komuniti inovasi dan penyelidikan apabila penganjuran International Innovation, Technology & Research Exhibition and Conference (iTREXC 2025) menghimpunkan pameran inovasi dan persidangan kertas kerja pada tarikh kemuncak hari ini.
Acara dikelola oleh Fakulti Multimedia Kreatif & Komputing (FMKK) dengan kerjasama KUISCELL Sdn. Bhd., melibatkan sesi penilaian dalam talian dan pembentangan fizikal di kampus UIS, Bandar Seri Putra, Selangor.
Dalam acara ini, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) melakar kejayaan berganda apabila diumumkan penerima Pingat Emas sekaligus Anugerah Inovasi Terbaik untuk projek inovasi BIMCheck Pro™️.
Pasukan KLID Technologies yang diterajui oleh Ts. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi dan Muhammad Fariz Najmi Bin Fauzi, turut dianggotai oleh pelajar-pelajar Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman) Semester 5 iaitu Nur Haslina Binti Saifol, Noor Fakhriah Binti Ni Aznan, Siti Nursyasya Diyanah Binti Noorazman, serta pelajar-pelajar Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman) Semester 2 iaitu Nayli SyazwinaIyazi Binti Abdul Muhaimin, Khairun Yasirah Binti Hawalit, Saidatul Adriana Binti Khairul Nizam, Daniel Hakimi Arsyad Bin Shashi, dan Adrian Hareez Bin Akmalrizal.
Pengiktirafan tersebut diberikan selepas sesi penjurian rasmi di iTREXC 2025 yang memfokuskan impak, kebolehskalaan serta sumbangan penyelesaian kepada komuniti dan industri. Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama IKSN di pentas inovasi serantau, malah memperteguh komitmen institusi terhadap pembangunan bakat TVET yang kreatif, berimpak dan setara antarabangsa – seiring aspirasi pemodenan ekosistem inovasi negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#IKSN
#KBS
#ILKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMadani