IKTBN Alor Gajah Sertai Seminar Keusahawanan Mahasiswa 2025 Di UTEM

    IKTBN Alor Gajah Sertai Seminar Keusahawanan Mahasiswa 2025 Di UTEM

    Melaka, 13 Oktober 2025 – Seramai 48 orang pelajar bersama 2 pegawai pengiring dari IKTBN Alor Gajah telah menyertai Seminar Keusahawanan Mahasiswa 2025 yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

    Seminar anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan UTeM ini bertujuan memupuk minat serta meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peluang dalam bidang keusahawanan, khususnya dalam era ekonomi digital.

    Pelbagai pengisian menarik disediakan termasuk forum bersama usahawan berjaya, bengkel keusahawanan serta sesi perkongsian pengalaman. Penyertaan ini memberi pendedahan berguna kepada pelajar dalam merancang masa depan kerjaya dan perniagaan sendiri.

    Pihak IKTBN Alor Gajah berharap penyertaan ini dapat mencetuskan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar serta menyokong aspirasi kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan muda berdaya saing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.