Sesi Penilaian Akhir Peserta Akademi Dalam Industri

    Sesi Penilaian Akhir Peserta Akademi Dalam Industri

    13 Oktober 2025: Telah berlangsung Penilaian Akhir Program Akademi Dalam Industri (ADi) bagi 5 orang peserta 2025 (Restaurant and Kitchen Service) anjuran bersama IKTBN Alor Gajah dengan Warung Salai Group

    Program ini bermula pada 01 Ogos hingga 31 Ogos 2025 bertempat di Warung Salai Group Sdn Bhd di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini meliputi, program jatidiri, kursus pengendali makanan & Halal, Modul Pertolongan Cemas serta melibatkan penempatan peserta selama sebulan di industri terpilih bagi menjalani latihan.

    Pembelajaran teori sampaikan oleh En. Mohammad Amirul Abdullah, tenaga pengajar dari IKTBN Alor Gajah manakala modul amali oleh jurulatih dari penyelia Warung Salai Group. Turut membuat pemantauan penilaian akhir penyelaras ADi IKTBN Alor Gajah. Pn. Mariayati Asri dan Pn. Norsuhaila Hj. Kasa. Peserta yang mengikuti program dan tamat dengan jayanya akan dijamin peluang pekerjaan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.