- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 360
Pelajar Diploma Penyajian ke kilang Yakult dan Ajinomoto
Bandar Enstek, 7 Oktober 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar bagi pelajar Modul Pengurusan Polisi Outlet F&B, Tahap 4. Program ini melibatkan 21 orang pelajar bersama pengajar iaitu Puan Norkhairiah binti Mohamad Sham dan Cik Soliha binti Musa . Pelajar telah dibawa ke kilang Yakult dan Ajinomoto Factory Manufacturing untuk melihat tatacara dan persekitaran pengoperasian kilang tersebut.
Lawatan ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar dalam industri F&B. Pihak IKTBN berharap semua peserta dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Program ini memberi manfaat besar kepada perkembangan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam bidang pengurusan outlet F&B.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
