73 PELAJAR IKTBN ALOR GAJAH BERJAYA TAMATKAN KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM PISPA 2026

    73 PELAJAR IKTBN ALOR GAJAH BERJAYA TAMATKAN KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM PISPA 2026

    MASJID TANAH, 21 Jun – Seramai 73 orang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah berjaya menamatkan Kursus Asas Pertahanan Awam Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) IKTBN Alor Gajah Tahun 2026 yang berlangsung di kampus institusi berkenaan, hari ini. Program intensif yang berjalan selama tiga hari bermula 19 Jun lalu itu dianjurkan bertujuan memberi pendedahan serta latihan asas berkaitan aspek pertahanan awam, pengurusan kecemasan, pemantapan disiplin, kepimpinan, dan penyemaian semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.

    Majlis penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Latihan IKTBN Alor Gajah, Kapten Bersekutu (PA) Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin.
    Turut hadir menyerikan majlis ialah Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar IKTBN Alor Gajah, Kapten Bersekutu (PA) Saiful Maarof bin Masrom, serta Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah, Leftenan (PA) Noor Jauzi bin Hashim yang hadir mewakili Pengarah Pertahanan Awam Negeri Melaka.

    Penganjuran kursus berimpak tinggi ini diharapkan mampu melahirkan barisan pelajar yang berilmu, berdisiplin, dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain itu, mereka diharap sentiasa bersedia menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat serta negara, khususnya dalam aktiviti kesukarelawanan dan pengurusan bencana pada masa hadapan.
    Seluruh warga institusi menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta atas komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang kursus berlangsung.
     
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.