- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 15
NUHSHAQIF MIKHAEL RAIH TEMPAT KELIMA GRAND FINALE JALEN STAR CHEF 2
PUNCAK ALAM, 19 Jun – Pelajar Jabatan Hospitaliti Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Sdr. NuhShaqif Mikhael Bin Abdul Halim, melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih tempat kelima (saguhati) dalam pertandingan Grand Finale Jalen Star Chef 2 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, hari ini.
Pencapaian memberangsangkan di peringkat kemuncak itu sekali gus membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500 serta sijil penghargaan.
Sebelum melayakkan diri ke pentas akhir, NuhShaqif Mikhael terlebih dahulu memamerkan persembahan cemerlang dalam Pertandingan Jalen Star Chef 2 Peringkat Saringan (Zon Tengah) di lokasi yang sama untuk membawa pulang wang tunai RM300. Turut memamerkan prestasi terpuji pada peringkat saringan kompetitif tersebut ialah Muhammad Zarif Bin
Anuar dan Muhammad Danish Bin Razali yang masing-masing menerima hadiah saguhati bernilai RM150.
Anuar dan Muhammad Danish Bin Razali yang masing-masing menerima hadiah saguhati bernilai RM150.
Pihak pengurusan institusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah IKTBN Alor Gajah, Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, atas sokongan berterusan dan suntikan semangat yang diberikan kepada barisan peserta sepanjang pertandingan berlangsung. Kejayaan ini juga merupakan hasil komitmen serta kerja keras barisan jurulatih dan seluruh jawatankuasa kerja terlibat dalam memastikan persediaan fizikal dan mental pelajar berada pada tahap terbaik.
Penyertaan impak tinggi ini secara tidak langsung membuktikan kualiti bakat, kreativiti, dan tahap kemahiran teknikal yang tinggi dalam kalangan pelajar bidang kulinari Jabatan Hospitaliti IKTBN Alor Gajah. Penganjuran program seumpama ini terbukti menjadi platform terbaik untuk mengetengahkan bakat kulinari tempatan, selain membuktikan kualiti pengajian TVET di IKTBN Alor Gajah mampu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
Seluruh warga institusi menzahirkan ucapan syabas dan berharap agar pengalaman berharga ini menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus memburu kecemerlangan yang lebih besar pada masa hadapan.
