Mesyuarat Agung Khas KESKA IKTBN Alor Gajah

    Mesyuarat Agung Khas KESKA IKTBN Alor Gajah

    IKTBN ALOR GAJAH, 11 September 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKA) IKTBN Alor Gajah telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas KESKA bagi memperkenalkan Jawatankuasa KESKA sesi 2026–2028, membincangkan perancangan aktiviti kelab serta meneliti perkara yang dibangkitkan melalui maklum balas Pendaftar Pertubuhan.

    Mesyuarat turut dihadiri Pengarah IKTBN Alor Gajah, Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan, selaku Penaung KESKA. Dalam amanatnya, beliau mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkukuh peranan KESKA, termasuk mempergiat aktiviti ekonomi kelab serta menggalakkan penglibatan aktif seluruh warga IKTBN Alor Gajah dalam program dan aktiviti yang dianjurkan.

    Pihak KESKA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan Mesyuarat Agung Khas KESKA.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.