- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 275
Bengkel Cadangan Dan Penyelarasan Program TVET Sukan ILKBS Tahun 2025
Kuala Lumpur, 4 November 2025- Telah berlangsung Bengkel Cadangan dan Penyelarasan Program TVET Sukan ILKBS Tahun 2025 bagi Bidang Hospitaliti. Bertempat di The Pearl Hotel Kuala Lumpur, bengkel selama tiga hari iaitu 4 hingga 6 November telah disertai oleh 24 orang tenaga pengajar dari kesemua lima ILKBS yang menawarkan kursus bidang hospitaliti iaitu IKTBN Alor Gajah, IKTBN Bachok, IKBN Bandar Penawar, IKBN Peretak dan IKBN Miri.
Hasil daripada bengkel ini akan digunakan bagi perancangan pihak Kementerian dan Sukan dalam penerapan elemen sukan dalam latihan TVET di kesemua IKLBS bermula tahun hadapan.
Sesi pembentangan bagi cadangan latihan telah diadakan pada hari terakhir bengkel yang dianjurkan serentak bersama IKTBN Bukit Mertajam yang merupakan Pusat Kecemerlangan Bidang (CoE) bidang Elektrik.
Turut hadir semasa sesi penutup, YBrs. Puan Siti Fauziah Jumadi, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
