Bengkel Pengurusan Aset Dan Stor Siri 1/2026

    Bengkel Pengurusan Aset Dan Stor Siri 1/2026

    Masjid Tanah | 27 Februari 2026 Bengkel Pengurusan Aset dan Stor Siri 1/2026 telah diadakan di Bilik ICT Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah dengan penyertaan pegawai dan kakitangan berkaitan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pegawai Aset, Puan Norsuhaila Haji Kasah bagi memberi pendedahan tentang tatacara pengurusan aset dan stor yang betul. Peserta telah didedahkan dengan kaedah pengisian maklumat aset serta proses kemas kini rekod dalam sistem secara lebih sistematik dan teratur.

    Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memastikan semua rekod aset sentiasa tepat, lengkap dan mematuhi prosedur pengurusan aset yang telah ditetapkan. Bengkel ini juga membantu meningkatkan kecekapan urusan pentadbiran aset jabatan.

    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.