Majlis Penyerahan Kunci Bangunan BO (11kV)

    Majlis Penyerahan Kunci Bangunan BO (11kV)

    Masjid Tanah | 13 Februari 2026 Bertempat di bilik latihan Blok Simulator Pencawang B0 (11kV) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah diadakan Majlis Penyerahan Kunci bangunan sebagai simbolik penyerahan rasmi siap kerja projek menaik taraf Kursus Penjaga Jentera Voltan Tinggi Kategori BO (11kV) yang diterima oleh Ts. Mohd Amirudin Tajuddin, Ketua Jabatan Elektrik dari Wakil Syarikat Stagno Tech dengan disaksikan oleh En. Asmori Hj Sa’ahari, Pengarah IKTBN Alor Gajah. Projek ini telah siap sepenuhnya pada November 2025.

    Dalam ucapan, Pengarah IKTBN Alor Gajah, menekankan bahawa fasiliti baharu di Bangunan B0 (11kV) ini akan memperkukuh kualiti latihan teknikal pelajar. Penyerahan kunci ini menandakan bermulanya fasa baharu dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan seterusnya pengiktirafan kepakaran pengajar Jabatan Teknoogi Elektrik IKTBN Alor Gajah.

    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.