Rakan Belia Yadim IKTBN Alor Gajah Sertai Program IRSYAD 2026

    Rakan Belia Yadim IKTBN Alor Gajah Sertai Program IRSYAD 2026

    Masjid Tanah | 1 Mac 2026 Seramai 19 peserta ahli Kelab Rakan Belia Yadim IKTBN Alor Gajah diiringi penyelaras Kelab Rakan Belia Yadim Tn Hj Muhamad Hafizudin Bin Shahidan telah menyertai Program Iktikaf Ramadan Santunan YADIM ( IRSYAD ) yang berlangsung bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026 di Masjid Al-Hakeem.

    Sepanjang program, pelbagai aktiviti diadakan termasuk qiyamullail, tadarus al-Quran, persiapan iftar jamaie, penyediaan bubur lambuk, kuliah Ramadan serta sesi tazkirah dan santunan bersama masyarakat setempat. Peserta turut didedahkan dengan penghayatan ibadah iktikaf sebagai medium mendekatkan diri kepada Allah SWT. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

    Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil peserta, pemberian kotak sumbangan kepada wakil asnaf serta penyerahan sumbangan YADIM kepada pihak masjid.

    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.