- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 28
Bengkel Semakan dan Pemurnian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP) bidang Hospitaliti Siri 1/2026
Alor Gajah - 18 hingga 20 Mei 2026. Telah berlangsung Bengkel Semakan dan Pemurnian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP) bidang Hospitaliti Siri 1/2026 di Pusat Kecemerlangan Teknologi dan Kejuruteraan (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Alor Gajah Melaka.
Pada bengkel kali ini seramai 15 orang pengajar telah terlibat dengan semakan dan pemurnian BPdP tiga kursus utama dari bidang hospitaliti ILKBS iaitu Diploma Teknologi Hospitaliti (Penyajian Makanan dan Minuman - DHB04), Diploma Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri - DHR34) dan Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian Makanan dan Minuman - SHB03).
Pihak institut merakamkan ucapan terima kasih kepada Fasilitator En Badrulhisyam Ismail dan semua pengajar dari lima ILKBS yang hadir sebagai panel di atas komitmen sepanjang tempoh bengkel ini berlangsung
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
