Lawatan Pendedahan Industri Ke Parkroyal A’famosa Melaka

    Lawatan Pendedahan Industri Ke Parkroyal A’famosa Melaka

    Simpang Ampat | 21 Mei 2026 - Seramai 19 orang pelajar bersama 6 orang pengajar dari Jabatan Hospitaliti, IKTBN Alor Gajah telah menyertai lawatan pendedahan industri ke PARKROYAL A’FAMOSA Melaka baru-baru ini. Program ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai operasi sebenar industri hospitaliti bertaraf antarabangsa.


    Sepanjang lawatan, para peserta telah menerima perkongsian kepakaran daripada setiap Head of Department (HOD) berkaitan pengurusan hotel, operasi perkhidmatan pelanggan, F&B dan Front Office. Peserta turut dibawa melawat bilik penginapan eksklusif, Club Lounge, outlets serta aktiviti ‘back of The House” yang terdapat di hotel tersebut.


    Interaksi antara pelajar dan pihak pengurusan hotel berlangsung secara amat interaktif apabila pelajar berpeluang mengemukakan pelbagai soalan berkaitan kerjaya dan kehendak industri semasa. Selain itu, sesi dialog industri turut diadakan melibatkan pihak pengurusan hotel bersama wakil IKTBN Alor Gajah yang diketuai oleh Timb. Pengarah Pengurusan latihan Ts. Mohd Amirudin Tajuddin, KCHI, Pn. Mariyati Asri serta para pengajar.


    Perbincangan turut menyentuh peluang kerjasama strategik termasuk penyertan kursus separuh masa bidang elektrik dan pembangunan latihan industri. Dalam masa sama, pihak hotel turut memuji prestasi serta disiplin tinggi alumni IKTBN Alor Gajah yang kini berkhidmat di hotel berkenaan.

     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #teknologihospitaliti
    #teknologielektrik
    #iktbnalorgajah
    #ILKBS
    #MalaysiaMadani
    #MadaniBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.