Majlis Penyerahan Siap Kerja Surau Al-Qardhawi oleh ICU JPM Melaka

    Majlis Penyerahan Siap Kerja Surau Al-Qardhawi oleh ICU JPM Melaka

    Jasin | 10 Februari 2026 Majlis Penyerahan Siap Kerja Surau Al-Qardhawi, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah berlangsung dengan jayanya apabila projek berkenaan diserahkan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul bin Shari, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU JPM Melaka) kepada En. Asmori bin Hj. Sa’ahari, Pengarah IKTBN Alor Gajah,.

    Projek ini melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf bumbung, pendawaian elektrik dan lain-lain kerja berkaitan bagi memastikan tahap keselamatan serta keselesaan surau berada pada tahap terbaik. Penambahbaikan ini amat signifikan khususnya bulan Ramadan yang bakal tiba serta bagi kegunaan solat berjemaah, tadarus al-Quran dan program kerohanian warga institusi.

    En. Asmori Hj. Sa’ahari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ICU JPM Negeri Melaka atas keprihatinan terhadap kebajikan serta kemudahan ibadah di IKTBN Alor Gajah. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang seimbang dari aspek akademik, kemahiran dan rohani.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.