- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 195
Bual Bicara Usahawan Muda Alumni IKTBN Alor Gajah
Masjid Tanah | 28 Januari 2026 – Program Bual Bicara Bersama Alumni IKTBN Alor Gajah telah berjaya dilaksanakan sempena Minggu Paradigma, dengan menampilkan Saudara Muhammad Syaih Wafir, alumni IKTBN Alor Gajah dan pemilik syarikat ASY Electrical Resources.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kerjaya, inspirasi dan motivasi kepada para pelajar melalui perkongsian pengalaman sebenar dalam dunia industri dan keusahawanan. Dalam sesi perkongsian, beliau menekankan bahawa pembelajaran di IKTBN bukan sahaja membentuk kemahiran teknikal, malah turut memupuk disiplin, sikap profesional serta keyakinan diri yang penting selepas tamat latihan.
Beliau turut menegaskan kepentingan menetapkan visi dan misi yang jelas sepanjang pengajian dalam bidang TVET bagi memastikan hala tuju kerjaya yang terancang. Perkongsian ini diharapkan dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran alam pekerjaan serta keusahawanan pada masa hadapan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
