- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 330
Pendaftaran Pelajar Baharu IKTBN Alor Gajah Sesi 1/2026
Masjid Tanah | 26 Januari 2026 – Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah bagi Sesi 1/2026 telah berlangsung bermula jam 8.30 pagi bertempat di Arena Sukan IKTBN Alor Gajah. Pemilihan lokasi ini dibuat susulan Dewan Utama institut yang sedang menjalani kerja-kerja naik taraf.
Seramai 105 orang pelajar telah ditawarkan kemasukan bagi sesi pengambilan kali ini. Dalam ucapannya, Pengarah IKTBN Alor Gajah, Encik Asmori Hj. Sa’ahari, telah mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu serta ibu bapa, di samping menekankan kepentingan pembentukan sahsiah, disiplin dan jati diri sepanjang tempoh pengajian. Beliau turut menyampaikan amanat Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan berkaitan hala tuju dan aspirasi TVET negara.
Pengisian program diteruskan dengan lafaz ikrar pelajar sebagai simbol komitmen terhadap kecemerlangan dan kepatuhan kepada peraturan institut, selain taklimat khas kepada ibu bapa berkaitan pengajian dan kebajikan pelajar. Turut diadakan aktiviti jualan usahawan pelajar daripada program Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti dalam bidang Penyediaan Pastri dan Penyediaan Roti, sekali gus mempamerkan kemahiran dan keusahawanan pelajar IKTBN Alor Gajah.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
