- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 225
IKTBN Alor Gajah Anjur Program Pendidikan Pengundi
Masjid Tanah | 28 Januari 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menganjurkan Program Pendidikan Pengundi (Voter Education – VE) sempena Minggu Paradigma Sesi 1/2026 bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap sistem demokrasi serta tanggungjawab sebagai pengundi yang beretika dan berintegriti.
Program ini telah diserikan dengan taklimat dan simulasi proses pengundian yang disampaikan oleh Puan Noraniza Binti Shuib, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka. Melalui pendekatan interaktif ini, para pelajar diberi pendedahan secara langsung kepada prosedur sebenar pengundian, bermula daripada pendaftaran pengundi sehingga proses pembuangan undi.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk budaya celik demokrasi dalam kalangan belia serta menyokong usaha melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, berpengetahuan dan prihatin terhadap proses demokrasi negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
