Ceramah Gaya Hidup Lestari 2026

    Ceramah Gaya Hidup Lestari 2026

    IKTBN Alor Gajah, 18 September 2026 - Program Ceramah Gaya Hidup Lestari 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Perpustakaan IKTBN Alor Gajah. Program bermula jam 2.30-petang yang disertai seramai 60 orang pelajar Semester 1. Ceramah disampaikan oleh CEO FOMCA, Dr. Saravanan.Β Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

    Program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan belia, mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup lestari sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga serta memelihara alam sekitar.Β Pada masa yang sama, program ini diharap dapat menyokong usaha pihak industri dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah mempunyai nilai tanggungjawab sosial, kepimpinan serta kesedaran terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (π™Žπ™ͺπ™¨π™©π™–π™žπ™£π™–π™—π™‘π™š π˜Ώπ™šπ™«π™šπ™‘π™€π™₯π™’π™šπ™£π™© 𝙂𝙀𝙖𝙑𝙨 – π™Žπ˜Ώπ™‚π™¨)

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.