Future Y-Skills 2026 bersama Bahagian Penyediaan Roti

    Future Y-Skills 2026 bersama Bahagian Penyediaan Roti

    ALOR GAJAH | 5 Jun – Seramai 20 orang belia dari sekitar Melaka dan Negeri Sembilan telah menyertai Program Future Y-Skills 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Penyediaan Roti, Jabatan Hospitaliti IKTBN Alor Gajah bermula 3 hingga 5 Jun 2026.

    Program berbentuk latihan praktikal ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penghasilan produk berasaskan puff pastry secara hands-on di bawah bimbingan Pn. Siti Zubaidah selaku pengajar kursus. Peserta berpeluang mempelajari kaedah penyediaan, pembentukan dan pembakaran produk.

    Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Pn. Nor Azah Ahmad Dahalan. Turut hadir ialah Ketua Jabatan Hospitaliti, En. Hairul Anuar. Program ini diharapkan dapat meningkatkan minat serta kemahiran belia dalam bidang hospitaliti dan keusahawanan makanan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #teknologihospitaliti
    #teknologielektrik
    #iktbnalorgajah
    #ILKBS
    #MalaysiaMadani
    #MadaniBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.