Majlis Perjumpaan Pengarah dan Warga IKTBN Alor Gajah

    Majlis Perjumpaan Pengarah dan Warga IKTBN Alor Gajah

    5 Jun 2026 – Bertempat di Electronic Convention Centre (ECC), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah mengadakan Majlis Perjumpaan bersama warga kerja dengan Pengarah IKTBN Alor Gajah, Pn. Nor Azah Ahmad Dahalan.


    Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan setiap warga institut melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, komited serta berintegriti bagi memastikan kecemerlangan institusi terus diperkasakan. Beliau turut mengingatkan agar budaya kerja terbaik dan profesionalisme sentiasa diamalkan dalam setiap aspek dalam melaksanakan kerja di institut.


    Peningkatan kualiti latihan, pengukuhan jaringan industri serta penglibatan aktif pengajar dan pelajar dalam pelbagai aktiviti inovasi dan pertandingan kemahiran di pelbagai peringkat perlu diteruskan dan ditambahbaik.


    Selain aspek akademik dan kemahiran, beliau turut menekankan kepentingan aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan pelajar serta warga IKTBN Alor Gajah bagi memupuk gaya hidup sihat, semangat kesukanan dan hubungan silaturahim yang lebih erat dalam kalangan warga institut.

    Beliau menggalakkan kepada warga kerja yang mempunyai idea dan inovasi untuk berkongsi serta membantu dalam merealisasikan idea yang terbaik.

     


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #teknologielektrik
    #iktbnalorgajah
    #ILKBS
    #MalaysiaMadani
    #MadaniBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.