Pelajar IKTBN Alor Gajah Mara Ke Grand Finale Jalen Star Chef 2

    Pelajar IKTBN Alor Gajah Mara Ke Grand Finale Jalen Star Chef 2

    Puncak Alam | 4 Jun 2026 – Jabatan Hospitaliti, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah sekali lagi melakar kejayaan apabila salah seorang pelajarnya berjaya melayakkan diri ke peringkat Grand Finale dalam Pertandingan Jalen Star Chef 2 Peringkat Saringan (Zon Tengah) yang berlangsung di UiTM Kampus Puncak Alam.

    Pertandingan yang merupakan kolaborasi antara Nu Ideaktiv menerusi Majalah Remaja, Jalen Malaysia dan UiTM Puncak Alam ini telah menghimpunkan peserta daripada beberapa institusi pengajian tinggi dan latihan kemahiran terkemuka termasuk IKTBN Alor Gajah, UiTM Puncak Alam dan Taylor's University. IKTBN Alor Gajah telah diwakili oleh tiga orang pelajar dari Jabatan Hospitaliti iaitu:

    • ·         Muhammad Zarif Bin Anuar
    • ·         Muhammad Danish Bin Razali
    • ·         Nuh Shaqif Mikhael Bin Abdul Halim

    Dalam pertandingan tersebut, Nuh Shaqif Mikhael Bin Abdul Halim berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sehingga membolehkan beliau meraih wang tunai RM300 serta melayakkan diri ke peringkat Grand Finale.Sementara itu, dua lagi wakil IKTBN Alor Gajah turut menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM150 setiap seorang sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen mereka sepanjang pertandingan.

    Kejayaan ini membuktikan kemampuan dan potensi pelajar IKTBN Alor Gajah dalam bidang kulinari serta menjadi bukti keberkesanan latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar Jabatan Hospitaliti. Pihak institusi turut merakamkan penghargaan kepada para jurulatih, warga kerja serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada para peserta.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada pelajar lain untuk terus mengharumkan nama IKTBN Alor Gajah di peringkat yang lebih tinggi.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #teknologihospitaliti
    #teknologielektrik
    #iktbnalorgajah
    #ILKBS
    #MalaysiaMadani
    #MadaniBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.