Warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah komited dalam menyokong serta memperkukuh kesedaran, penerimaan dan sokongan terhadap individu dengan Gangguan Spektrum Autisme (ASD).
Kami percaya bahawa setiap individu mempunyai keunikan dan potensi tersendiri. Justeru, marilah kita bersama-sama meraikan keistimewaan individu autisme melalui pendekatan yang berteraskan kasih sayang, empati, penerimaan serta sokongan tanpa syarat.
Setiap individu berhak dihormati, diberi peluang yang adil, serta ruang untuk berkembang dan menyerlah mengikut keupayaan dan cara mereka sendiri.
Ikhlas daripada:
Pengarah & Warga Kerja
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
