- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 28
Promosi Kemasukan Sempena Hari Kerjaya di SMK Tun Mutahir
Masjid Tanah | 9 April 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah mengadakan sesi promosi kemasukan pelajar baharu bagi ambilan Julai 2026 bersempena program Hari Kerjaya yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir.
Sesi promosi ini dikendalikan oleh En. Mohd Syahmi dan En. Saiful Nizam, yang telah memberikan penerangan serta menjawab pertanyaan pelajar berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN Alor Gajah serta institusi di bawah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi pengambilan sesi Julai 2026.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus membantu mereka membuat pilihan kerjaya yang lebih jelas dan berinformasi selaras dengan keperluan industri semasa.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
