- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 7
IKTBN Alor Gajah Harumkan Nama Negara Di World Chefs Championship 2026
JOHOR BAHRU | 23 Mei 2026 – Dua pegawai dan seorang pelajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah melakar kejayaan cemerlang di Pertandingan World Chefs Championship (WCC) 2026. Pertandingan bertaraf dunia ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru.
Pasukan hebat dari Jabatan Hospitaliti dan Bahagian Penyediaan Pastri ini berjaya membawa pulang satu pingat emas dan dua pingat perak.
Berikut adalah keputusan penuh bagi pemenang dari IKTBN Alor Gajah:
· Pingat Emas : Puan Nur Sarina Binti Khairuddin (Malay Kuih or Nyonya Kuih - 6 Types Display)
· Pingat Perak : Encik Hairul Anuar Bin Zakariah (Malay Kuih or Nyonya Kuih - 6 Types Display)
· Pingat Perak : Nurul Hasnita Binti Sukri (Dress the Cake - Individual Practical)
Pihak pengurusan IKTBN Alor Gajah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan manis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan, sokongan, dan doa sehingga kejayaan ini dapat dicapai.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga IKTBN Alor Gajah!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#teknologihospitaliti
#teknologielektrik
#iktbnalorgajah
#ILKBS
#MalaysiaMadani
#MadaniBekerja
