- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 8
Kontinjen IKTBN Alor Gajah Berjuang Di Pertandingan Akhir WSMP 2026
Selangor | 24 Mei 2026 – Pertandingan Akhir World Skills Malaysia Pengajar (WSMP) 2026 bagi bidang masakan (Cooking) kini sedang rancak berlangsung di Kampus Lakeside Universiti Taylor's, Selangor. Pertandingan yang bermula dari 22 Mei hingga 24 Mei ini menyaksikan Puan Siti Aminah Binti Salim tampil membawa cabaran besar bagi mewakili Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah.
Kehadiran Pengarah IKTBN Alor Gajah, Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan ke lokasi pertandingan turut menaikkan lagi semangat perjuangan peserta. Kehadiran beliau adalah sebagai tanda sokongan padu kepada kontinjen Jabatan Hospitaliti yang sedang bertanding.
Seluruh warga IKTBN Alor Gajah mendoakan agar kejayaan pingat emas bakal menjadi milik institut hasil daripada usaha keras, komitmen tinggi, dan persiapan rapi yang telah ditunjukkan oleh barisan peserta, pengajar, serta pelajar. Semoga kejayaan cemerlang mengiringi kontinjen WSMB dan WSMP IKTBNAG 2026.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#teknologihospitaliti
#teknologielektrik
#iktbnalorgajah
#ILKBS
#MalaysiaMadani
#MadaniBekerja
