IKTBN Alor Gajah Lahirkan Graduan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa Berkemahiran Tinggi

    IKTBN Alor Gajah Lahirkan Graduan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa Berkemahiran Tinggi

    Masjid Tanah | 23 Januari 2026 – Seramai 14 orang graduan dalam bidang Pendawaian Elektrik Tiga Fasa dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah berjaya menamatkan pengajian Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik Pendawaian Tiga Fasa (PW4 – Sambung Tahap) Sesi 1/2025 dengan jayanya.

    Kejayaan ini mencerminkan komitmen, disiplin dan ketekunan para pelajar dalam menguasai kemahiran teknikal berteraskan standard industri, meliputi aspek keselamatan, kecekapan kerja serta profesionalisme. Graduan yang dilahirkan bukan sahaja memiliki penguasaan kukuh dari segi teori dan amali, malah bersedia menghadapi cabaran sebenar alam pekerjaan, khususnya dalam sektor tenaga dan elektrik.

    IKTBN Alor Gajah terus komited dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri semasa serta menyumbang kepada pembangunan negara dalam bidang teknikal dan vokasional.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan PW4 atas kejayaan menamatkan pengajian. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk masa hadapan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.