IKTBN Alor Gajah Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama AEON Delicatessen

    IKTBN Alor Gajah Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama AEON Delicatessen

    ALOR GAJAH, 10 September 2026 – IKTBN Alor Gajah menerima kunjungan AEON Delicatessen yang diketuai oleh Puan Nurjannah binti Ismail, Senior Manager, Merchandising Support bagi sesi lawatan dan perbincangan berkaitan peluang kerjasama strategik antara institusi TVET dan pihak industri.

    Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Surinah binti Siron, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TP PL), diikuti taklimat umum berkaitan IKTBN Alor Gajah yang disampaikan oleh pegawai Cawangan Hubungan Industri dan Perhubungan Awam (CHI). Sesi kemudiannya diteruskan dengan perbincangan antara pihak AEON Delicatessen bersama TP PL, ketua-ketua jabatan, bahagian & cawangan berkaitan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan.

    Delegasi AEON kemudiannya dibawa meninjau bengkel amali Penyediaan Pastri dan Penyediaan Roti bagi melihat sendiri pelaksanaan latihan serta hasil pembelajaran pelajar.
    Menariknya, pihak AEON Delicatessen memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap produk yang dihasilkan oleh pelajar. Pihak AEON turut menyatakan bahawa struktur bangunan serta fasiliti latihan terutamanya di Bahagian Penyediaan Roti dilihat menepati standard dan keperluan industri.  Perbincangan diantara pihak AEON dan jabatan Hospitaliti turut membuka ruang kepada beberapa cadangan kerjasama baharu, termasuk sesi perkongsian industri di institut, sumbangan peralatan dan cadangan mewujudkan program anak angkat bersama AEON.

    Tambahan itu, pihak AEON Delicatessen turut menyatakan minat untuk meneroka peluang pekerjaan bagi graduan Program Latihan Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas IKTBN Alor Gajah. Inisiatif ini dilihat mampu membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada belia berkeperluan khas serta memperkukuh agenda. Semoga hubungan strategik yang terjalin ini dapat terus diperkukuh dan diperluaskan kepada lebih banyak bentuk kerjasama yang memberi manfaat kepada pelajar, graduan dan industri.


    ILKBS Profesional Terunggul
    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.