- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 361
IKTBN Alor Gajah Perkukuh Prosedur Latihan Industri Kepada Pelajar
ALOR GAJAH, 28 Oktober 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah melalui Cawangan Hubungan Industri telah mengadakan taklimat Latihan Industri (LI) bagi pelajar Sesi 2/2025 dan 1/2026 bertempat di ECC, IKTBN Alor Gajah.
Taklimat ini bertujuan memperkukuh kefahaman pelajar terhadap prosedur, etika dan pengurusan semasa menjalani latihan industri. Majlis turut bermakna dengan amanat En. Asmori Hj. Sa'ahari, Pengarah IKTBN Alor Gajah yang menekankan kepentingan profesionalisme dan etika kerja.
Pelajar daripada kursus seperti DLC, DHF, DHB dan SHR hadir bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum melangkah ke alam latihan pekerjaan sebenar.Turut menyampaikan taklimat pegawai Unit Disiplin HEP dan Penyelaras Latihan Industri IKTBN Alor Gajah.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
