- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 334
IKTBN Alor Gajah Sertai Festival Seni Selat Melaka X Festival 2025
Duyong 25 Oktober 2025 – Seramai 10 orang pegawai dan 5 orang pelajar bersama keluarga IKTBN Alor Gajah telah mencipta sejarah apabila menjadi sebahagian daripada Program Penghasilan Ondeh-Ondeh Terbanyak di Dunia, yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR). Program bersejarah ini berjaya merekodkan penghasilan sebanyak 50,000 biji ondeh-ondeh sempena Festival Seni Selat Melaka X Festival Sungai Melaka 2025 yang berlangsung di Dataran Pangkalan Rama, Melaka.
Penyertaan IKTBN Alor Gajah dalam program ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada pelajar dan pegawai, malah turut memartabatkan warisan makanan tradisional Melayu – Buah Melaka (ondeh-ondeh) – kepada masyarakat umum dan generasi muda.
Inisiatif ini juga selaras dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) untuk memupuk semangat cintakan warisan tempatan serta menonjolkan kemahiran pelajar TVET dalam aktiviti seni kulinari yang kreatif dan berimpak tinggi.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
