Melaka, 17–19 Oktober 2025 – Program Madani Rakyat 2025 Zon Selatan anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) telah berlangsung dengan jayanya di Politeknik Merlimau, Jasin, Melaka.
Berteraskan konsep Perkhidmatan kepada Rakyat, program ini memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat berdasarkan keperluan dan demografi setempat.
Sebagai wakil di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), IKTBN Alor Gajah telah turut serta sebagai pempamer dalam program berkenaan.
Sepanjang program berlangsung, Jabatan Hospitaliti IKTBN Alor Gajah telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti:
-
Try Skills – Fruits Carving bersama Pn. Siti Aminah,
-
Demo – Figurine bersama Pn. Noraishah, dan
-
Try Skills –PLC & Smart Home System bersama En. H.R. Onn.
Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk mencuba sendiri kemahiran dalam bidang hospitaliti, tetapi juga membantu memperkenalkan program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh IKTBN Alor Gajah bagi sesi kemasukan 1/2026.
Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dan berjaya mencapai objektif utama untuk mempromosikan bidang kemahiran serta memperkukuh peranan KBS dalam memperkasakan belia melalui latihan kemahiran TVET.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
