- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 210
Pendedahan Hospitaliti dan Elektrik kepada 80 Pelajar SMK Durian Tunggal
Masjid Tanah | 9 Disember 2025 – Seramai 6 orang guru dan 80 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka telah menyertai Program Lawatan Sambil Belajar Bidang Hospitaliti dan Elektrik di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan peluang melanjutkan pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) serta pendedahan mengenai laluan kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sepanjang program, para pelajar telah diberi peluang menyertai sesi Food Tasting yang dikendalikan oleh pelajar Diploma Penyediaan Makanan di bawah seliaan Encik Azral, selain menyaksikan demonstrasi Table Etiquette oleh pelajar bidang Food & Beverage.
Selain itu, para pelajar turut didedahkan kepada aktiviti amali pepasangan elektrik di Jurusan Pendawaian Elektrik bersama pelajar dan pengajar IKTBN Alor Gajah. Program ini turut disertai dengan penerangan berkaitan skop kerja bidang elektrik oleh Tuan Haji Amin, Pengajar Penjaga Jentera Elektrik.
Turut hadir menyantuni delegasi dari SMK Durian Tunggal ialah Encik Mohd Amiruddin, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) dan Puan Mariyati Asri, Ketua Cawangan Hal Ehwal Industri (KCHI) IKTBN Alor Gajah.
Diharapkan melalui lawatan, taklimat serta penglibatan secara ‘hands-on’ ini, para pelajar memperoleh gambaran dan maklumat sebenar mengenai bidang kemahiran serta peluang kerjaya dalam bidang TVET yang boleh diceburi selepas tamat persekolahan, khususnya di IKTBN Alor Gajah.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
