IKTBN Alor Gajah, YADIM Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Pembangunan Belia

    IKTBN Alor Gajah, YADIM Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Pembangunan Belia

     
    4 Ogos 2026 – Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan, Pengarah IKTBN Alor Gajah telah mengadakan kunjung hormat ke YADIM Negeri Sembilan dan Melaka bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dalam pembangunan belia.Kunjungan tersebut turut diiringi oleh Encik Saiful Maarof Bin Masrom, Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKTBN Alor Gajah dan disambut oleh Tuan Abdul Halim bin Ismail, Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, bersama Encik Mohamad Khairun Najmi bin Mohd Fadzli, Penolong Pengarah (DMY) YADIM Negeri Sembilan dan Melaka serta pegawai YADIM.

    Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada perkongsian aktiviti dan kolaborasi yang telah dilaksanakan, di samping merangka peluang kerjasama baharu dalam pelaksanaan program pembangunan sahsiah, kemahiran dan kepimpinan belia di IKTBN Alor Gajah. Kerjasama ini diharapkan dapat terus diperkasakan dalam usaha melahirkan generasi belia yang berkemahiran, berdaya saing dan berakhlak mulia.

    ILKBS Profesional Terunggul
    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.