- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 370
Kapsul Program Rakan Mahir Future Y-SKILLS IKTBN Alor Gajah 2025
Alor Gajah, 15 Oktober 2025 – Jabatan Hospitaliti, IKTBN Alor Gajah sekali lagi tampil dengan perkongsian menarik melalui sesi Facebook Live bertajuk “Street Bakery Stall Product – Roti Daging Viral!” yang berlangsung pada jam 10.00 pagi.
Sesi perkongsian ini menampilkan Pn. Zarinah binti Pardi sebagai panel jemputan dari bidang Penyediaan Roti, manakala En. Mohd Saifuddin bin Zakaria bertindak sebagai moderator. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar serta orang awam mengenai trend terkini dalam pembuatan roti moden berasaskan citarasa tempatan yang berpotensi menjadi produk jualan komersial.
Sepanjang sesi, penonton dibimbing untuk memahami teknik penyediaan Roti Daging Viral yang lembut, gebu dan menarik — sesuai dijadikan produk keusahawanan di bawah konsep street bakery stall. Perkongsian ini turut memberi inspirasi kepada pelajar bidang kulinari untuk berinovasi dalam menghasilkan produk bakeri yang mampu menembusi pasaran semasa.
Program ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton dalam talian, membuktikan bahawa roti tradisional juga mampu menjadi ‘viral’ apabila diolah dengan kreativiti dan gaya persembahan yang menarik.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
