Pembentangan Projek Akhir Diploma Iktbn Alor Gajah

    Alor Gajah, 14–15 Oktober 2025Jabatan Hospitaliti, IKTBN Alor Gajah telah melaksanakan Sesi Pembentangan Projek Akhir bagi pelajar Diploma Teknologi Hospitaliti (Penyajian) – DKM Tahap 4.

    Sesi ini melibatkan penyertaan daripada tujuh (7) kumpulan Projek Inovasi Produk dan empat (4) kumpulan Kajian Sosial, yang masing-masing diselia oleh penyelia yang dilantik bagi memastikan kualiti, objektif dan hala tuju projek selari dengan keperluan industri serta piawaian yang ditetapkan.

    Menariknya, beberapa projek telah menerima maklum balas positif daripada panel penilai, dan dikenal pasti mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Ini membuktikan keupayaan pelajar dalam menghasilkan idea yang bukan sahaja kreatif dan inovatif, malah mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam pasaran semasa.

    Pembentangan projek telah dinilai oleh tiga panel profesional, iaitu:

    • Pegawai Pengesah Luaran (PPL): En. Mohamad Zainal bin Abdullah Sani

    • Penilai Industri: En. Hazrin bin Hamdan

    • Penilai Kendiri: En. Muhamad Azral bin Osman

    Sesi ini bukan sahaja menjadi platform untuk pelajar mempersembahkan hasil pembelajaran dan kemahiran mereka, tetapi turut menggalakkan budaya inovasi, penyelidikan dan pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar Jabatan Hospitaliti.

     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.