- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 55
Lawatan Penentusahan Pentauliahan Program Kemahiran Berasaskan COPTPA Program HT-010-4:2012 serta I561-005-3:2022
Masjid Tanah | 10 Mac 2026 – Institut telah menerima Lawatan Penentusahan Pentauliahan Program Kemahiran Berasaskan COPTPA bagi program Diploma Teknologi Hospitaliti (Penyajian Makanan dan Minuman - DHB34) dan Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan - SHP03). Lawatan ini telah dipengerusikan oleh Puan Noraliza binti Muhamad dari Jabatan Pembangunan Kemahiran dan tiga orang Ahli Penilai Verifikasi (APV).
Lawatan ini bertujuan untuk pentauliahan pelajar bagi Kursus Penyajian Makanan dan Minuman Tahap 4 serta Penyediaan Makanan Tahap 3 selaras dengan pelaksanaan Kod Amalan Pentauliahan TVET berteraskan COPTPA bermula tahun ini. Semasa lawatan, pihak panel telah mengadakan lawatan ke bengkel dan bilik kuliah serta menyemak struktur latihan pelatih di IKTBN Alor Gajah. Hasil lawatan kedua- dua bidang telah berjaya ditauliahkan.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
