- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 58
Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Peserta Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autism 1/2026
Melaka | 1 Mac 2026 – Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan bagi Peserta Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autism dan Berkeperluan Khas telah berlangsung dengan jayanya di BMAU IKTBN Alor Gajah. Program latihan yang berlangsung dari 22 September 2025 hingga 9 Mac 2026 ini bertujuan memberi pendedahan kemahiran asas kepada golongan belia berkeperluan khas dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ts. Amirudin Tajuddin, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan yang mewakili Pengarah. Turut hadir ialah En. Hairul Anuar Zakaira, selaku penyelaras program serta pegawai-pegawai IKTBN Alor Gajah.
Tahniah dan syabas kepada lima orang peserta telah berjaya menamatkan latihan yang memberi fokus kepada kemahiran Asas Penyediaan Pastri dan Barista yang dijalankan di fasiliti Kopi Loteng IKTBN Alor Gajah. Program ini diharapkan dapat membuka peluang kepada peserta untuk meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam dunia pekerjaan pada masa hadapan.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
