- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 63
Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu Bagi Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas Sesi: 01/2026
Masjid Tanah | 10 Mac 2026 – Bertempat di Electronic Convention Center (ECC), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah, telah diadakan sesi temuduga pengambilan pelajar baharu bagi Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas Sesi: 01/2026 Pengurusan Kafe @Kopi Loteng IKTBN Alor Gajah.Temuduga dikendalikan oleh Pn Syairatul Ashikin dan En Mohd Saifuddin dan dibawah penyelarasan En. Hairul Anuar Zakariah, Ketua Jabatan Hospitaliti IKTBN Alor Gajah.
Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan pembelajaran. Antara modul yang akan dipelajari oleh belia – belia Inklusiviti ini adalah asas penyediaan pastri & barista selain itu diterapkan juga modul keusahawanan.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
