- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 51
Lawatan Pengauditan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ILKBS 2026
Masjid Tanah | 12 Februari 2026 – Lawatan Pengauditan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ILKBS 2026 telah berlangsung di IKTBN Alor Gajah dengan jayanya. Dalam sesi pembukaan Puan Nur Farhana Binti Kamaruddin selaku Ketua Auditor memaklumkan pengauditan bertujuan menilai tahap pematuhan serta penambahbaikan amalan EKSA di institusi ini.
En. Asmori Hj Sa’ahari , Pengarah menegaskan komitmen berterusan warga kerja dan pelajar dalam memastikan budaya EKSA terus diperkasa selaras dengan aspirasi ILKBS dan perkhidmatan awam yang berkualiti.
Sepanjang sesi lawatan pengauditan Encik Muhamad Azral Osman bersama pasukan EKSA IKTBN Alor Gajah membantu memudahcara pengauditan. Sesi audit merangkumi semakan dokumentasi, pemantauan zon serta penilaian persekitaran kerja yang kondusif, selamat dan sistematik.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
