Masjid Tanah | 20 April 2026 – Telah berlangsung Malam Apresiasi TVET 2026 anjuran Majlis TVET Negeri Melaka yang diadakan di Hotel Hatten. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ab Rauf bin Yusoh.
Penganjuran majlis ini bertujuan menghargai sumbangan serta komitmen pelbagai institusi dalam memperkukuh pembangunan dan kemajuan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri Melaka. Seramai wakil daripada 30 institusi TVET di seluruh negeri telah dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah diwakili oleh Encik Saiful Maarof bin Masrom, Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar, bersama dua orang pegawai iaitu Puan Mariyati binti Asri dan Ts. Mahdir bin Mahmood.
Sebagai tanda penghargaan, semua institusi TVET yang hadir telah menerima plak dan sijil penghargaan atas sumbangan serta komitmen berterusan dalam memajukan agenda TVET di peringkat negeri.
Majlis ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang lebih erat antara institusi TVET, seterusnya memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri dan pembangunan negeri.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
