- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 40
Sesi Taklimat dan Amanat Pelajar Latihan Industri
Masjid Tanah | 13 April 2026 – Bertempat di Electronic Convention Centre IKTBN Alor Gajah, suasana penuh bermakna menyelubungi sesi taklimat dan amanat kepada pelajar latihan industri apabila Pengarah IKTBN Alor Gajah, En. Asmori Hj. Sa’ahari menyampaikan amanat latihan industri terakhir beliau sebelum melapor diri bertugas di tempat baharu mulai 15 April 2026.
Amanat tersebut ditujukan khas kepada kumpulan pelajar yang akan menjalani latihan industri bermula Mei 2026, melibatkan pelajar dalam pentauliahan COPTA serta Suruhanjaya Tenaga. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen dan pencapaian para pelajar sepanjang tempoh latihan di institut.
Beliau turut berpesan agar para pelajar sentiasa menjaga disiplin, mematuhi prosedur keselamatan serta membawa nama baik IKTBN Alor Gajah ketika berada di industri. Selain itu, pelajar digalakkan untuk terus berusaha meningkatkan kemahiran dan memanfaatkan sepenuhnya peluang latihan industri sebagai platform pembelajaran sebenar.
Turut hadir sesi taklimat & amanat Pn. Mariyati Asri, KCHI IKTBN Alor Gajah, pegawai penyelaras Jabatan Hospitaliti dan elektrik serta pegawai HEP bersamai 56 0rang pelajar merangkumi pelajar Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Perakuan Kekompetenan bidang elektrik.
Program ini bertujuan memastikan pelajar memahami sepenuhnya peraturan, tanggungjawab serta peluang pembelajaran sepanjang tempoh latihan industri.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
