- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 8
Mesyuarat Kerja Pengukuhan Penilaian Kendiri (Zon Selatan)
Serdang, 10 Jun 2026 – Mesyuarat Kerja Pengukuhan Penilaian Kendiri (Zon Selatan) telah diadakan di MARDI, Serdang bermula 8 hingga 10 Jun 2026. Sesi ini diadakan bagi memperkukuh pelaksanaan penilaian kendiri ILKBS serta memastikan pematuhan terhadap perubahan terkini Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA) yang diperkenalkan oleh Badan Persijilan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program ini menjadi platform libat urus strategik yang menghimpunkan wakil ILKBS bersama pegawai Bahagian Pengurusan Kemahiran Belia (BPKB) menerusi sesi pembentangan, perbincangan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan panduan penilaian kendiri KBS.
Sesi ini melibatkan 3 fasilitator dan 20 peserta mewakili lima ILKBS di Zon Selatan iaitu IKTBN Pagoh, IKTBN Chembong, IKTBN Sepang, IKBN Bandar Penawar dan IKTBN Alor Gajah.
Mesyuarat ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta terhadap keperluan pelaksanaan COPTPA di KBS di samping memperkukuh kesiapsiagaan institusi dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi menjamin kualiti program latihan TVET.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh wakil Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan, BPKB; Puan Hannita binti Mohd Salleh bersama Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan, Pengarah IKTBN Alor Gajah.
Penganjuran mesyuarat kerja ini diharap dapat memperkukuh penyelarasan dan komitmen semua ILKBS dalam memastikan standard kualiti TVET sentiasa relevan, berdaya saing dan selaras dengan keperluan semasa industri serta kehendak badan persijilan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#teknologihospitaliti
#teknologielektrik
#iktbnalorgajah
#ILKBS
#MalaysiaMadani
#MadaniBekerja
